{highslide}event_n_promotion/pekan_mar08/SANY0026.jpg{/highslide} Intan’s Oven sedang giat berusaha untuk menambahkan manfaat kepada pelanggan yang kami hargai dengan meningkatkan kualiti program keahlian ‘Customer Loyalty’.
Di antara perubahan yang akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2008 ialah meperkenalkan kemudahan menggunakan MyKad bagi menggantikan Kad Ahli yang diperkenalkan sejak tahun 2004. Dengan sistem baru itu nanti, MyKad reader akan digunakan bagi membolehkan ahli menggunakan MyKad bagi tujuan menambahkan bilangan mata ganjaran bagi setiap pembelian atau untuk menebus mata ganjaran.Dengan sokongan berterusan anda, kini keahlian program ‘Customer Loyaty’ telah meningkat melebihi 2,000 orang. Kami di Intan’s Oven amat menghargai sokongan anda yang merupakan sebab utama kewujudan kami. Segala nasihat dan saranan yang diterima daripada anda amat kami hargai dan kami ucapkan berbanyak terima kasih.
{highslide}customer/customer_service.jpg{/highslide}Sebagai manfaat tambahan kepada ahli-ahli yang menyokong IO secara berterusan, kami akan mengadakan program cabutan bertuah yang akan dijalankan secara online di halaman web Intan’s Oven. Program ini merupakan sebagai tanda penghargaan kami kepada anda yang telah banyak menyokong Intan’s Oven selama ini.Hadiah menarik berupa barangan elekrik dan perhiasan bernilai RM1,000.00 serta baucer potongan harga menanti anda. Untuk merebut hadiah cabutan bertuah, anda cuma perlu melayari halaman progarm keahlian ‘Customer Loyalty’ Intan’s Oven dan kemaskinikan maklumat peribadi anda.
| < Prev | Next > |
|---|